kusangkakan panas berpanjangan rupanya...
keluar dari NKVE masuk ke DUKE selepas membayar tol kedengaran honk! honk!
menoleh ke sebelah kanan, sebuah kereta mahu ke tepi jalan. kereta tersebut berhenti menyebabkan kereta di belakangnya naik angin. saya lihat kereta yang mahu ke tepi jalan itu seperti marah kepada saya kerana menghalang laluannya menyebabkan beliau dihon. saya hanya mengerutkan dahi. apalah salahnya andai beliau ke depan secara perlahan-lahan dan ke kiri instead of berhenti di tengah-tengah alam. saya hanya mengikut laluan saya. macam-macam. sabarlah hati, jiwa dan raga. memandu di KL ini sangat stress saya rasakan. oleh itu rancanglah perjalanan anda dengan baik.
setelah memunggah semua barang di hostel saya pun mendaftar keluar untuk memberi bilik itu kepada orang lain pula.huhuhu. meninggalkan saed kawanku. apakan daya ayah&ibu ku menyuruhku duduk di rumah. semoga saed mendapat roommate yang lebih baik dariku.
terasa begitu ingin memakan cake di secret recipe namun kerana keletihan terus memandu ke rumah tanpa singgah ke secret recipe. singgah di salun untuk memotong rambut namun tiada rezeki. sampai di rumah terus membuka tudung saji. dan mensantap big apple malam tadi huhu. mahu cake mahu cake mahu cake.
esok hari isnin. masuk minggu ke tiga practikal di jalan pantai. seronok? boleh la. saya mahu belajar sebanyak yang boleh semasa practical ini. staf-staf semua very nice and helpful. berusahalah atul!
result dah keluar and alhamdulillah lulus semua subjek. usaha doa dan tawakal. sem depan dah level 4 and sangat mencabar. semoga Allah permudahkan segala urusan.
2 comments:
aku jumpa kakak ko dgn ehem ehem kat bukit tggi.ko suh die beli mouse kan?isk isk isk..aku suh kakk ko beli paling murah untuk ko.
HA HA HA
heheh
kalo x silap aku la chinese
tapi kalau dah jodoh x ke mana
doakan yg terbaik untuk akk sayang comel ko tu..hehehe
Post a Comment