Assalamualaikum
Hari ni Muhammad pergi klinik kesihatan untuk suntikan imunisasi umur 2 bulan. Suntikan ni ada 3 vaksin iaitu DtaP/DT, Hib dan IPV. Nurse kata untuk mencegah penyakit batuk kokol, sakit kerongkong, kancing gigi, hib dan ipv. pengetahuan secara am je la.
"Apabila anak anda diberikan sesuatu vaksin, dia sebenarnya disuntik
dengan kuman yang telah dilemahkan atau organisma yang telah dibunuh.
Vaksin ini boleh merangsang badannya untuk menghasilkan antibodi yang
akan melindunginya daripada penyakit-penyakit yang berbahaya apabila
diperlukan. Dan ini merupakan perlindungan seumur hidup!
Imunisasi perlu diberikan pada usia-usia tertentu untuk keberkesanan
serta perlindungan yang maksimum. Anak anda sepatutnya mendapat
kebanyakan imunisasinya sebelum menyambut hari lahirnya yang kedua.
Ini akan melindunginya daripada 10 penyakit utama: Tuberkulosis
(batuk kering), polio, campak, benguk, rubela, pertusis (batuk kokol),
difteria, tetanus, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh Haemophilus
influenza (Hib) dan hepatitis B.
Terdapat juga beberapa imunisasi lain untuk pelbagai
penyakit-penyakit menular termasuk cacar air (chicken pox), cirit-birit,
influenza, rabies, meningitis meningokokal, jangkitan pneumokokal dan
hepatitis A."