apa yang telah han buat ?
tak cukupkah kasih-sayang yang mak ya berikan sejak han kecil lagi?
sehingga han sanggup membawa konco-konco han 2 orang yang setia itu membuat onar di bilik mak ya
sampai hati han menconteng sampul surat mak ya dengan bintang-bintang seakan bintang naruto
apa han ingat itu twinkle-twinkle little star yang selalu mak ya dendangkan ke?
hari ini telah menemankan seorang sahabat ke uni untuk menghantar borang permohonan menyambung pengajian ke peringkat master
dan kami telah pergi dengan menaiki public transport !! yeay !!! ok bukan secara keseluruhan sebenarnya
mula naik kereta kakak kawan sehingga ke station lrt titiwangsa
ingatkan boleh terus ke station gombak tapi rupa-rupanya tidak boleh!!!
kena tukar kat station masjid jamek !! kahkahkah
takpe tak tahu kena belajar
ok setelah selesai perselisihan faham dengan kakak lrt titiwangsa (kakak tu siap tunjuk peta perjalanan lrt lagi) kitorang pun naik la lrt itu
dalam lrt dok pikir-pikir adakah ini bukan lrt tetapi star? entahlah
tiba-tiba terasa seperti pelancong yang sedang mengembara pula kerana tiada ketahuan arah jalan
menarik juga
tak la bosan memandu di lebuh raya seperti selalu (tipu selalu ke?)
akhirnya sampai jua di uni pada jam 10 pagi
urusan kat centre of postgraduate study tu tak lah lama mana pun
alhamdulillah, kawan pun dah senang hati sebab urusan dah selesai
kitorang pun buat la shooting sket kat tangga besar uni fufufu
tiba-tiba ada seorang lelaki bertanya di manakah finance division?
setelah membawa lelaki itu berjalan-jalan sekitar uni barulah menunjukkannya finance division yang sebenar (sebenarnya telah tersalah faham..kasihan)
kemudian naik cab dan lrt ke klcc
membeli magazine di kinokuniya
berkenalan dengan budak master di uni yang sama semasa di surau klcc
mereka sangat baik dan budiman
meronda-ronda membunuh masa menunggu kakak kawan habis waktu bekerja
pukul berapa entah kitorang naik kereta balik rumah
sampai rumah azan dah berkumandang
bismillah...
sekian
hari ini sangat menseronokkan kerana banyak perkara baharu yang dipelajari
alhamdulillah
No comments:
Post a Comment